Segmen : Mini Giveaway by 'Si Chubby' *tamat*

Author : Puan Yaanie Time : 2:37 AM Comments : 8 Labels :
Klik banner untuk join!

Giveaway datang lagi :heart:
Kali ini berbeza sedikit, kena jawab soalan-soalan dari Cik Si Chubby 


 Apa impian korang yang sebenarnya ? 
 Apa usaha korang untuk mencapai impian tu ? 
 Kalau tidak tercapai, apa korang akan lakukan ?


Fuishh. Baru jea dapat soalan esei dri lecture tadi kena jawab esei jugak dalam segmen ni? Makkk aih, terer ah jawab esei kalau mcmni :XD: 


IMPIAN? Yanie ni banyak sangat impiana ni. Kalau nak senaraikan 1 persatu, kembung perut korang baca blogger-emoticon.blogspot.com sebab tu lah blog "Impiana Cik Yanie". Banyak sungguh berimpian. Tapi, semua orang rasanya ada impian yang utuh kan? Yanie mmg nak sangat sangat berjaya and banggakan mak ayah. Nak kerja and kumpul duit untuk bawak mak ayah naik HAJI. Insyaallah. 

Impian ni tak akan tercapai dengan senang kalau tiada USAHA! Bak kata pepatah "Usaha tangga kejayaan" *amik kau, jadi guru Bahasa Melayu pulak dah*. Zaman era kemodenan ni rasanya dah masa untuk bersaing secara sihat lah kan? Kos sara hidup tu makin tinggi. Selagi ada peluang, timba la ilmu sebanyak mampu dan belajar sampai berjaya, dapat kerja gaji tinggi. Baru lah boleh keluarkan duit bawak mak ayah naik HAJI. 

Mustahil kalau dah usaha ikhlas, niat ikhlas Allah tak bantu kan? Allah maha adil. Maha mengetahui. Kita dah usaha, tawakal dan doa tu penting. Niatkan kerja kerana Allah s.w.t insyaallah Dia akan bantu. So usaha tu jangan alang-alang. Menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan bak kata pepatah melayu.

Nauzubillah,
andai nyawa kedua orang tua pergi sebelum tiba masa naik HAJI, mungkin yanie pula ada rezeki nnti tunaikan Haji, niatkan pergi naik HAJI untuk diri sendiri dan juga mak ayah. Tapi, siapa pun tak mahu kehilangan mak ayah kan? Bukan senang hidup tanpa Ibu dan Bapa. Perit, sedih, rinduuuuuuuuu. Yanie doakan impian nak bawak mak ayah naik HAJI sempat. Teringinnnn sangat nak tgk muka mak ayah gembira dapat jejak sana :err:


Fuh, maafkan beta cik chubby jikalau entri ni tunggang terbalik. Ini saja kudrat beta nak menaip dan menjawab soalan-soalan cik chubby. Semoga cik chubby di murahkan rezeki selalu.


Bismillahirrahmanirrahim.


Tagged :

8 comments:

aienienka said...

selamat bersegmen. :D

Unknown said...

Terima kasih join segmen GA Zie :D Senarai peserta dah di update . Jangan lupa blogwalking ye :)

http://sichubbyy.blogspot.my/2016/01/senarai-peserta-first-segmen-mini.html

Unknown said...

InsyaAllah ada jalan nanti nak ke sana
cik belbel join jugak
goodluck
http://blogcikbelbel.blogspot.my/2016/01/segmen-mini-giveaway-by-si-cubby.html

She Is Farahain said...

ain doaakan semoga impian awak tercapai ! :)

Tuan Admin said...

Tumpang lalu . . *peace* semoga impian Cik Yanie tercapai , aamiinn

Ika said...

semoga tercapai impian btw jom bw sya dari ga sama http://artisarainbow.blogspot.my/2016/01/first-segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html

Unknown said...

goodluck :)
http://otaku-licious.blogspot.my/2016/01/segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html

Anis Khalilah said...

Semoga impian tercapai. InsyaAllah. Niat baik Allah akan tolong :)

 
 photo y10_zpsnova3frg.png